Monday, April 16, 2012

about me now...

Assalamualaikum......

lame giler lah tak update blog ni... buzy sangat2 sekarang ni... hari ni minggu ke-2 off day aku. so maknanya sudah 2 minggu aku memulakan perkerjaan baru... kerje ape?? keje bese2 jer... keje kedai samsung... keje fulltime every day... gaji ciput... mungkin sebab keje aku ni duduk jer kot hahaha. tapi ok la dari xde keje abihkan duet orang je kan duk menanggung kite...

tapi keje ni takkan lame.. cz  nk teruskan memang xder life sangat.. keje dlu dapat gak kj shif... kre ckup sebulan keje cari keje len pulak... memang susah skrg ni nak dapat keje tetap hurmmmm.. tapi 2la seperti pepatah.. rezeki, jodoh,ajal maut sume telah tertulis.... mungkin rezeki aku belum sampai seperti jodoh aku....

walau aku cuba bertahan macam mana pun kalau dah tak de jodoh ade jer halangan die... akhirnya kami benar2 dah putus, bukan seperti sebelum ni putus sambung semula.. kali ni aku dah memang nekad.. sebab umo aku bukan muda lagi.. aku perlu pikirkan masa depan... ak perlukan bina sebuah keluarga... bagi aku, dia perlu pikirkan kerjaya sekarang ni pun dah ok.. sebab lelaki umo 24 masih muda untuk berumah tangga... bukan macam wanita yang sudah berusia 24.. itu dah diaagap lewat kalau tak kawen lagi hahaha

kenapa citer pasal kawen? yer aku rasa aku macam nak cepat kawen jer sekarang ni . tapi kan aku dah putus? nak kawen dengan sape?? jodoh, kita tak akan tahu siapa dia... walau aku cuba untuk melarikan diri daripadanya, die tetap hadir dalam hidup aku... n mungkin ke die jodoh ak? kerana bile bersama dengan die. aku tak berfikir untuk bercinta pun tapi aku ingin terus ingin bina rumahtagga bersama die.

tapi aku ego hahaha tak pernah nak megakui persaan aku terhadap die... die jer yang luahkan persaan dan cuba mengambil hati aku sebaik mungkin... kalau dah sampai seru, apa pun dah xlh menghalangnya... kisah silam aku tetap ada dalam blog ni. kenangan aku dengan si dia tak akan aku padam kerana ia adalah sebahagian kehidupan yang aku lalui... tak perlu untuk melupakan.. cuma perlu melepaskan ia menjadi sebuah kenangan lalu yang megajar diri aku erti sesuatu perasaan sedih, kecewa gembira dan kasih sayang.

andai jodoh aku dengan mohd rasul, aku akan cuba untuk memupuk rasa sayang dan cinta aku hanya untuk suami ku... bukan untuk kekasih...

Tuesday, March 27, 2012

urmmmmmmmmmmm

rindu mencegkan jiwa :((

Sunday, March 25, 2012

tragedi ngeri 23 mac 2012

disaat aku seorang diri, melayan jiwa, mendengar lagu "time to love" dr t-ara feat" lagu korea... tapi kalau paham maksud lirik die, memang meruntun jiwa aku. ya... ak seperti insan di dalam lagu tu.. mujur orang tak berapa nak elert nak pahami maksud lagu itu, so aku masih boleh ego dengan perasaan aku sendri...

dalam keadaan layan jiwa, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. disebabkan aku sorang jer berada di dalam rumah tu, baju pulak banyak sidai di balkoni, aku pun keluar la mengutip baju2 yang banyak tu, hujan makin lebat, aku tinggal di sebuah apartment. mujur la duk tingkat 1 xla jauh gayat sangat kan.

untuk mencapai helaian kain yang akhir tiba2 bunyi "kedebuk" cam benda jatuh kat bawah. kirenye bende 2 jatuh dari belakang aku la cz aku xnampak saat bende tu terbang jatuh kan. pikirku " sape pulak yang buang barang ujan2 ni" sambil baju penuh kat tangan aku intai ke bawah.

mate aku dah terbeliak tengok manusia dah terterap mencium jalan.sipi jer lagi nak jatuh atas kereta yang parking 2, kalau tak mesti bunyi alarm. time aku aku terkaku sekejap. betol ke ape yang aku tengok ni?? pumpuan tu tak gerak2.. aku masuk dalam letak baju, pastu aku kua balik kat balkoni intai bawak kot ada orang yang perasan die jatuh, tapi tak de sape, per yang perlu aku buat? ujan lebat mungkin ramai yang tak perasan. kalau aku buat tak tau lagi kejam sebab kejadian 2 berlaku depan mate aku!! aku masuk semula dalam uamh, aku jadi tak ketahuan, macam mana nak tolong. nak panggil sapa2 aku tak kenai sape2 pun jiran cz aku baru duk umah kak aku ni, aku kua lagi sekali tengok die, tibe2 nampakdarah mengalir keluar. aku jadi takot sangat2 tak pernah terjadi dalam hidup aku lihat kejadian camtu, aku ketar aku terus tepon kak aku, time 2 aku memang nagis la.... bukan SEDIH tp sebab TAKOT. kalau die mati?? aku tak boleh nak bayangkan, mesti trauma gila2...

pastu kak aku suh aku kua ketuk pintu jiran sebelah suh gitau kejadian tu, time aku bagitau kak tu pun bagitahu yang die dah tepon ofis so dah der orang tolong die. aku masuk balik umah so rasa lega cikit. tapi tangan aku masih menggil lagi,aku intai tengok ada sorang laki india ni tolong agkat die letak tepi, mase tu dah terlentangkan die, muke bedarah abih, mate terbukak, ngeri kot, aku ingt memang time tu mati dah. pastu aku masuk semule dalam rumah tapi keingin nak tahu tetap ada walau takot sangat2 aku intai lagi orang ramai dah datang tolong pumpuan tu pun orang dudukkan die. fuhhhhhhhhhh lega maknaya pumpuan tu masih hidup la;..

petang tu baru aku dapat cerite sebenarye. die nak lari dari rumah, orang indon. majikan die kurung die kot yang sanggup kua dari balkoni dari tingkat 5. sampai tingkat 3 terlepas kain, kedebukk la....... tapi teruk jugak la, dari boleh lari elok3 dah patah kaki 2x belah lagi la tak boleh nak larikan diri hahaha

tapi kalao korang nak tau, malam tu ak masih terbayang mcama mane die jatuh tak boleh tidor jugak la aku... adoi..... macam2.......

Monday, February 27, 2012

sang pencinta

di saat kau ingin membuatnya menangis
ingatlah... bahawa
ada seseorang y cuba ingin buatnya tersenyum...

fikirkanlah....

Sunday, February 26, 2012

ketika

ketika aku inginkan sesuatu dan ingin mengadu
ALLAH S.W.T yang tidak jemu2 mendengar rintihan hambanya

ketika aku berasa sunyi cinta hati jauh dari hati
KAWAN SEJATILAH sentiasa memahamiku...
ketika aku merasa runsing akan cinta hati
ABG DAN KAKAKLAH akan jadi perunsing sehingga aku ketawa
ketika aku teruja ingin menceritakan sesuatu tetapi tiada cinta hati di situ
MAK AYAHLAH yang menjadi penghibur dan pendengar setia...

oleh itu aku tidak perlu bersedih jika aku rasa telah kehilangan seorang yang memahami aku, seorang yang sentiasa ada ketika ingin aku mgadu, ketika aku runsing dan ketika aku bersedih kerana ALLAH mengantikan pada aku insan2 yang benar2 kekal berada disamping aku.....

andai cinta itu telah pudar aku tidak rugi kerana cinta yang satu ini tidak setanding dengan cinta yang beribu2 dari mereka..... 

Monday, February 20, 2012

tgl kenangan

1st kj selepas abis belajar. 
1st kje gaji tinggi 
1st kj paling sekejap berkdmat (xsampi sebulan dh resign haha)


Sunday, February 19, 2012

!@#$%^*&^$

wawa?? 
ok fine, u salah taip, u bermaksud for "mama" :(
b syg syg?
ok fine, u ngantok tersilap taip for papa kepada "b" :|

eloooooooooo "papa" jadi "b" xke jauh sangat???blh ke cm 2??

ok fine