Sunday, June 16, 2013

selamat hari bapa 2013

assalamualaikum....
hai dear blog.... tanggal 16 jun 2013... peristiwa paling tekanan yang aku hadapi.. tapi bukan ni yang aku nak sampaikan. hal ini biarlah aku simpan jauh dilubuk hati aku ni. aku hanya nak ceritakan keseciaan je dalam entry ni. tanggal 16 jun 2013 merupakan hari bapa... 

ok hari tu aku tak sempat nak buat entry mengenai hari ibu sebab aku tak dapat bukak blog ni line slow.. tapi takpe kengan itu masih terpahat dalam jiwa walau tak ada entry dalam blog ni. ok untuk pengetahuan korang aku ada ayah yang aku gelarsebagai pak. pak aku namanya  en sulaiman.. 

buat pak, akak doakan pak diberi kesihatan yang berpanjgan di kelilingi kasih sayang anak2 tanpa batasan.. aku sebenarnya dah lama nk buat entry ni nak cerita sebuah kengan aku dang pak aku ni tapi aku saja tunggu hari bapa untuk aku coretkan. alhamdulillah.. aku masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ni lagi dan akhirnya malam ini terhasil juga entry untuk kali ni.

ok banyak2 kengan aku dengan pak aku, kengan susah payah beliau dengan aku tetiba aku paling terkesan dengan kenangan ni sebab aku sekarang dah bergelar seorang pekerja. kalau aku masih student aku akan ceritakan bagaiman susah payah pak aku hantar aku dengan bas semata2 nak bawa aku pergi interview masuk usm. kami nek bas sama2 sampai perak, nek lori haha lawak tapi aku suka kenangan tu sebab ia kengan manis buat aku. tapi bukan cerita ni aku nak ceritakan. kalau tak cerita ni lebih panjang dan mendalam.

aku nak ceritakan bagaiman bermulanya aku ingin cuba bekerja.. lepas aku habis sek.. tunggu untuk dapat tawaran sambung belajar, aku teringin nak kerja teringin nak jadi macam orang2 lain yang cari duet poket. ok tiba 1 hari ni aku ada utarakan hasrat nak kerja kat kilang alps. kalau orang jengka dorang kenal la kilang eletronik ni huhu. aku tak berani cakap depan2, so mak aku yang tolong cakapkan. akhirnya di pendekkan cerita, pak aku sudi hantar aku pergi kilang tu. naik motor ok haha lawak kalau naik moto tu.

sampai kilang aku yang tak da pengalaman mintak kerja, takot ada malu pun ada. bila aku masuk dalam tu boleh pulak org dalam tu buat tak tau jer sakit hati aku. aku ni dah malu aku terus keluar dari tempat nak bagi borang kerja tu la, pas2 akak yang sombong tu perasan aku blah, die panggil aku nak pergi mana, aku dah malu time tu cz dah menangis haha aku cakap takpela nak kua kejap, terus aku pergi kat pak aku kata aku tak mau kerja, aku rasa pak perasan yang aku ni nak nagis walau aku tutup cover la pendek cerita.

pak marah aku huhuhu balik rumah pak kata buang masa ja pergi aku tak nak pergi interview, pak kata pasni malas dah nak bawak aku pergi cari kerja. tapi aku tak marahkan pak sebab tau pak bukan niat betol pun serik bawak aku pergi kerja. bila teringat balik haha lawak. sekarang aku ni dah mcm2 kerja aku dapat. last sekali kerja kat usahawan ni, tekanan dia tak yah nak cita la, semua kerja ada tekanan, cuma tekanan tu akn menjadi hebat jika keadaan sekeliling mempegaruhi tekanan tu dan menjadikan tekanan tu berganda.

k.la malas dah nak cita apa2, aku nak tengok show bintang mencari bintang. akhir kata, selamat hari bapa buat en leman.... sayang pak sangat2...................

Sunday, June 9, 2013

once upon a time...

assalamualaikum.....

tudiaaaaaaaa lama gila tak update  blog... bukan malas tapi bila nak update je line tak elok bila line ok masa pulak xdak... maklumlah ak sekarang dah keja tempat len, keja aku sekarang ni membuatkan aku lebih buzy, laptop lak tak betol2kan lagi pon, ni harapkan pinjam notebook akak aku je.

cerita?? banyak cerita yang cik kidal alami, suka duka semua ada. yang sukanya time sambutan hari jadi aku en kekasih hati sangup datang dari ipoh untuk sambut sama2 dengan aku.. dia bawak aku jalan bercuti tempat y menarik. kengan yang indah sangat. terima kasih sangat.. pada masa yang sama hari lahir mak pun selang sehari dari aku, adik beradik yang lain dah sambutkan untuk mak.. pergi bercuti kt kelantan. amboi sakan depa....

tapi kisah yang sedih turut berlaku dalam hidup... burung merpati yang dibela di kampung telah mati pada hari israk mikraj y lalu.. sedih juga sebab dah lama burung tu jadi peneman kat kampung tu.. bila dah dapat berita dia mati sebab sakit memang sedih sangat2 dia tak sama macam burung merpati yang lain sebab die sangat2 jinak. lepaskan kt lua tapi die lebih selesa lepak dalam umah.. tak pe lah dah ajal die kan kene la terima saja..

kisah hidup aku sekarang tak ada perubahan yang ketara pun.. cume lebih tekad untuk lebih berusaha kumpul duit berjaya dalam hidup relaisasikan impian, buat bisnes sendiri 1 hari nanti insyaallah....

k.la tadi macam banyak je nak tulis tapi bila dah menaip ni hanya y mampu terluah je diluahkan yang lainya telah terlupa dan hilang macam tu je, cik kidal blah dulu nanti cik kidal update lagi. aku nak masukkan gambar hadiah hari lahir aku dapat dari en kekasih  tapi gambar tu belum masukan dalam notebook ni lg so nanti aku kene edit blik entry ni dengan menampah beberapa keping gambar. adiossssssssss

Monday, March 25, 2013

sesuatu y seketika

assalamualaikum.....

dear blog.... lama giler dah tak singah, dah bersawang ok berhenti sekejap menaip bile teruja tengok citer midnight kt tv7. best kot citer die. kenapa aku tengok midnight kt tv ni pukul 12.46 mlm? sebab aku sekarang kerja tak sama time dengan orang. keje sabtu ahad tak cuti, cuti ari khamis je, time keje dar kul 2 petang hingga 11 malam. walau kerja designer tapi time die cam keje kat pasaraya, seriusssssss tak dak life kot...

tapi aku bersyukur jugak di sebabakan kerja ni aku sedaya upaya beli moto untuk kegunaan aku. kalau tak nak g kerja cam ne kn. aku terhutang ngan mak,. terpakse menyusahkan dia pinjam duit seribu untuk beli moto. aku beli yang 2ndhand jer moto suzuki step. skuter. walau tak dapat sempurnakan impian beli suzuki swif, suzuki step pun jadi la huhuhu...

sebenarnye aku dah dapat kerje lain, kerje ni walau hari sabtu kene kerja jugak tak pela sekurangye aku tak kene keje sampai malam. der la jugak life die kan. paling utama aku nak mengadu dalam blog ni.... :(...

laptop aku dah rosak :( tak boleh dah gune bile on scrin dah tak nampak per, nak beli baru duet tak de. n kalau nak beli pun ak sayang giler ngan laptop ni sebab dah bertahun die teman aku, segala kisah hidup aku tercalit dalam tu, segala kengan aku bersama dengan laptop tu, banyak lagi file aku belom transfer. kalau lansung tak boleh on rugi la... ilang semua data... pas2 design pon aku dah tak boleh wat utk mase sekarang. kalau nak repair pon mesti banyak duei nak guna alang2 bek beli baru jer...

tapi memang berpada la... nak dekat 5 tahun dah riwayat laptop 2, kalau rosak pon memang berbaloi digunakan.... k.la sebenarnye banyak nak citer tai semua dah jadi lupa, aku hanya mampu coretkan apa yang keluar utk masa ni jer.. so perasaan aku sekarang aku ase penat and nak tido huhuhu... selamat malam aka pagi blogger.....

Wednesday, February 27, 2013

lari lari anak

ini aadalah nukilan hari hati,
apa yang bermain dalam minda terus diadaptasi ke dalam ni,
tiada editing tiada simpanan terus saja aku tulis, mungkin bacaannya akan menjadi seperti pelik bunyinye.
yela tak ada pengunaan bahasa dan kata2 yang benar sebab ape je yang berada dalam otak terus dikeluarkan melaui jari jemari ni menjadi sebuah entry ni.

ingin je aku pergi dari sini, melarikan diri dari apa yang au harus hadapi.
bukan melari meniggalkan masalah atau pun lari dari masalah.
aku lari dengan membawa masalha aku sendiri tanpa menyusahkan orang lain.
benar memang aku ingin keluar dari sini, jauh dari mereka.
ingin aku pergi tanpa kata2 bukan merajuk diri.
malah tiada niat untuk memberi kesan yang negetif terhadap perasaan mereka.
aku tak ingin mereka risau. cume aku rasakan sekrang jika aku jauh dari mereka,
aku mampu melakukan sesuatu dalam idop tanpa menyusahkanmereka,
maka aku mungkin akan rasa tidak di susahkan.

bak pepatah mengatakan. jika kita hormat orang, orang akan hormat kite balik,
jika kita tolong orang maka orang akan tolong kite balik. samala jugak jika
kita tak menyusahkan orang, mesti dorang tak menyusahkan kite kn kn kn.
kenapa la aku kene banyak beralah?

sejak dari kecik, asyik aku je kene beralah. kalau beralah dengan y mude dari aku xpela,
aku paham sebab die masih mude dari aku pemikiran yang berbeza. tapi hakikatnye, aku selalu kene beralah dari orang yang lebih dewasa dari aku,lebih tua dari aku

Tuesday, February 26, 2013

i love him

tanggal 23hb 2 en rasul datang setelah berbulan tidak ketemu. 1st time dtg drive sendiri aku risau jugak sebab bagi aku jauh jugak dari ipoh ke klang nak drive sorang2. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. bertolak kul7 lbh sampai kul 10 kot klo tak silap, hah cepat plk padan muke tak nak gtau dah samapi aku baru nak mandi hahah tunggu la die berejam. kua jalan2 survey barang tunang, tengok wayang. naik bebai sebab tepon osak beteri cepat abih, tak dapat tangkap gambr lansung.

keesokan hari kua jalan k.l pusing2 g ict, senang je jalannye.... untung sesat merate dapat kenal jalan hahah. target utama aku nak tangkap gambr sementara beteri fon masih ada. dapat la snap buat kenagan. tapi bebai lagi sekali g ict masuk snowalk, beteri padam terus, pe gune masuk dalam tu tak tangkap gambar. memang lepak jap jer dalam 2. pas2 balik pusing2 tempat lain.

tapi aku bahagie sangat sebab kali ni kami betol2 kua habiskan mase bersame. tak der gadoh, xde masam muke tak de sentap2 bagai wlau en rasul saya tu kuat sentap hahahaha. bahagia sangat mencintai die. dan 1st time selama bercinta aku tak paparkan kisah cinte aku dlm fb, sebab aku tak kecoh2 mcm dulu alih2 tak jadi, dan kini aku rasa mungkin jodoh kami berdua so aku degan bahagianye msukn pic kami ni hahaha ramai yang bertaye. im just say " hahahaha" so u all can understod what the meaning rite?? hahaha



this my lover
sgt suke bile die pakai bj y aku belikan
rsa dihargai :)

Tuesday, February 19, 2013

sembelit, perempuan vs lelaki & kesopanan

entry ni terjadi saat aku bertarung dengan sembelit. semasa dalam jamban aku aku tetap boleh berfikir. berfikir mengenai sembelit. aku rasa pekara paling nikmat ialah ketika kite sembelit, 2,3 kali kuar masuk jamban and finaly is sembelit itu dah dilepaskan. perghhhhhhhhhh sangat lege lepas tu, mungkin sebelum lepas muke dah nek tension tapi lepas lege, senyum sampai ketelinge....

ok cerita tidak tamat di sini, the true point is, andai bloger lelaki yang update tentang entry sebegini, mungkin lepas baca kita akan sudahi bacaan dengan kata2

"hahahaha lawak r die ni, bengong, sengal nak mampos"

walau ia sesuatu y habat mengjengkelkan, tetapi kita boleh terima kerana ia lelaki. kita akan anggap ia cute kelakar bunyinya otak gile2 pasal sembelit pun nak citer kan.

tapi! tapi.............. andai bloger itu seorang wanita. feedback ia akan terjadi sebegini

"tak senonoh r pompuan ni, xmalu ke wt entry cam ni? dah la pompuan tak malu. memang tak patot, pui!!"

ha.... ni la kebenaran yang terserlah. mungkin sebab dorg akan fikir perempuan ni kene la bersikap sopan kan tambah2 sebagai wanita melayu terakhir entry sebegini di aggap sensitip di kalangan masyarakat umum.

persoalannya... ini terjadi sebab sejak azali memang nampak wanita hanya perlu sopan dan lelaki bebas untuk meluahkan segala kata2. ataupun memang hakikat akan terjadi perbezaan gender bile dalam perbuatan seseorang. tak salah kot sebab pompuan pun alami perasaan yang same je cume ia malu utk di luahkan pada tatapan umum. adakah ini bermakna lelaki ti dak ma lu? "ok sila keluarkan kenyaan itu jika xnak blog and di gam"

the moral is aku bukan nak cakap kau boleh sembelit aku tak boleh sembelit, point yang betolnye ialah. suka hati korang la nak buat entry apa pun sebab kita punya suka la kan bukan dorang  yang tolong kite mase sembelit. opsssss terlari tajuk.

kesopanan itu penting buat semua orang wanita mahupun lelaki. yang penting stiap entry kite berpuas ati dan tidak menyingung hati mereka2. jika entry aku kali ni membuatkan para2 sembelit di luar sana tersinggung.

im sorry...... (ni bkn amir af) aku xlh tgk amir af tu kang sembelit aku

Monday, February 18, 2013

tersenyum sendiri

kini aku akui
ak benar2 jatuh cinta dengannya...
bukan dulu aku tak akui
bukan dulu aku tak jatuh cinta
dulu aku terima dan akui aku sayang dia
tapi kini aku akui aku
sayang
cinta
pada dia

aku kini tersenyum sendiri
mekar hati mewarnai diri

mohamad rasul b latif