Sunday, December 16, 2012

lambaran baru..


assalamualaikum...

saat ni aku baru selesai menunaikan solat isyak. aku masih terpikir-pikir perlu ke aku menceritakan hal yang bermain dalam fikiran aku ni, sesekali hati mengatakan biakan sendiri yang tahu, sesekali hati mengatakan hal ini perlu diluahkan agar lebih tenang. ye aku sangat takut sekarang ni, bila teringat akan mimpi itu.

mimpi?? mesti korang semua pernah alami mimpi. sama ada suka, sedih, mengarut, seram macam2 la. tak lupa juga mimpi sebagai pedoman. sebenarnya aku sering alami mimpi macam ni. mimpi yang mendekatkan aku terhadap islam, kekuasaan ALLAH, tp aku sering alpa. walau sering di mimpi sebegitu aku tetap alpa dengan duniawi. sembahyang cukup tak cukup jer. aku takot tapi hati aku malas untuk mengikut naluri.

begitu hitam hati aku kan?? ya allah... terlau banyak dosa aku yang tak mampu untuk diminta keampunan.. sehinggalah pagi tadi.. kejadian itu benar2 menyesakkan jiwa aku, aku ketakutan,

dalam suasana kelam. aku bersama beberapa orang yang aku kenali tapi aku lupa siapakah mereka, secara tiba2 aku seperti dihimpit. ya dihimpit laju terus ke dalam tanah. sangat laju aku masuk kedalam tanah, sangat dalam dan aku rasa terhimpit dan sempit, saat itu aku sedar aku mungkin akan mati. ya ataupun aku sudah mati, aku terus mengucap 2 kalimah syahadah. bibir aku tak lekang menyebut nama ALLAH...ALLAH HU AKBAR... saat itu aku menyesali segala perbuatan aku di atas muka bumi ini, saat itu aku sedar aku sudah terlambat untuk bertaubat.. ya allah... aku meraung hanya pasrah. keadaan itu aku rasa tak ubah seperti beradadalam kubur, dihimpit oleh tanah..

mungkin allah ingin beri aku peluang yang terakhir, aku tersedar aku berada di atas muka bumi lagi, aku terselamat dari kejadian itu, seperti tidak pernah berlaku namum mulut aku tak henti-henti menyebut allah hu akhbar.. aku ceritakan pada mereka yang berada di situ, ini sebagai petunjuk untuk aku tapi mereka tidak percaya. namum ketakutan aku masih tetap ada. sukar untuk percaya atau tidak kerana aku betol2 alami keadaan itu tadi..

tiba2 bunyi jam di talifon mengejutkan aku dari mimpi itu, rupanya ia mimpi dalam mimpi, tapi dalam sedar itu ketakutan aku tak pernah ilang. persaan tu macam benar2 terjadi.. ya ALLAH... lalainya aku, betapa sayang kau pada hambamu kau membuat pelbagai cara untuk menyedarkan hambamu ini..

lantasaku bangun dan megerjakan solat subuh memandangkan jam sudah 6.30 pagi.. mungkin ramai ada yang berpengalaman seperti ni, aku bensyukur kerana aku masih punyai peluang untk perbetulkan keadaan ini, ya aku masih menghantui segala dosa2 silam aku, kerana aku tidak kuat untuk melawan nafsu duniawi.. kekuatan iman ku tidak sekuat arus yang megalir. imanku masih rapuh seperti kepingan daun tua yang sudah luruh. namum aku harapkan aku mampu atasi segalanya dengan kekuatan agama yang terpahat dalam hati aku.

islam agamaku, panduan arah tujuku... tiada yang patut di sembah melainkan allah.. dan nabi muhammad itu pesuruh allah...

No comments: