siapa orang yang paling rapat dengan kita? bagi aku orang yang paling rapat dengan aku adalah sahabat. mungkin ada yang tidak setuju. mungkin ada yang kata kenapa tak cakap family? mereka keluarga kita. yang family keutamaan aku. tapi tak bermakna mereka paham aku, orang yang paham aku adalah orang yang rapat dengan aku, dan orang yang rapat dan memahami aku adalah sahabat. kerana setiap apa yang berlaku seorang sahabat je yang tau segalanya.
kadang-kadang terasa dengan family sakit hati dengan family tak ak nak cerite pada dorang sebab aku tak nak dorang kecil hati. sebab tu segala macam perasaan sahabat yang aku akan luahkan. tapi kini aku dah jauh dengan sahabat aku, jarak dan masa memisahkan aku dengan die, masing2 dah punyai kerjaya. kami dah tak seblik untuk menceritakan apa yang berlaku setiap saat, sekarang aku tak ada sahabat, hanya ada kak aku je. tapi tak semua pekara aku mampu untuk luahkan pada die.
sebab itu orang yang paling rapat dengan diri aku adalah diri aku sendiri. aku sedih, aku terkilan hanya aku yang tahu. sedih?? ya aku sedih sekarang ni, terkilan. terasa. aku sedaya upaya tak nak berkecil hati tapi apakan daya semua yang terjadi hanya aku yang perlu ambil langkah. perasaan aku rasa terpinggir masa aku mula2 di tahap peringkat remaja kini datang semula. dan dulu aku ada diari untuk luahkan sekrang aku hanya mampu pendamkan dalam hati. sebab blog xsemua harus di ceritakan dalam ni.
aku bukanlah menjadi keutamaan dalam keluarga. ya.. mungkin aku mudah berkecil hati. sentap hati. bagi sesetengah orang mungkin anggap ini pekara remeh tapi bagi aku ia tidak. contohnya cam kisah ni. si adik lapa nak makan, tambah2 masakan mak die sedap. dah basuh tangan ni baru nak mik pinggan, terdengar bisikan dari si ibu, "nasi ada sikit je ni, bagi abang makan cian die tak makan lagi" mungkin bagi korang ok. itu tak menyentapkan hati anda. tapi kalau aku di situasi si adik tu, aku rasa diri cam terpinggir jauh, diri tak terpenting. tapi kalau aku di tempat si adik tu, aku juga tak boleh menyalahkan si ibu jika merasa berat sebelah, tiada ibu yang tak syg anaknye.. mungkin si adik itu lebih kuat dari yang lain, so si ibu yakin si adk mampu tanganiya dengan tenang. ye... senyuman terukir, hati menagis..
maafkan aku andai aku selalu buat mereka terbeban dengan aku.. tak pe tak lama dah.. nanti aku akan membebankan suami aku je. mak dah bagi lampu ijau untuk kawen ni. nak cari umah sewa sekarang susah kot. so aku nak terus cari keja kt ipoh andai dapat boleh aku tinggalkan bumi klang ni.. jujur aku akui aku sangat susah hati bila aku dapat merasakan aku begitu membebankan orang. aku dah dilatih hidup berdikari sejak kecil lagi. seusia kanak-kanak aku belajar megawal sendri perasaan aku sebab itu waktu kecil aku selalu mengjadi seorang pemberontak. pendiam. so bila dah dewasa aku tak nak merasakan diri aku ni myusahkan orang lain. aku akan tekanan pada diri sendiri.
kalau nak bahagie, bahagiakanlah dahulu orang y berada di sekeliling anda. tak pe kalau rasa diri ni tak berapa penting buat mereka. yang penting anda mampu membuat mereka mnjdi y terpenting pd mereka y lain. rasa terabai? xpe.. nasib diri kita dah tertulis sejak berumor 4 bulan dlm kndungan ibu kte. redho dgn takdir, sentiasa berpransangka baik terhadap ALLAH :)
Sunday, December 23, 2012
Sunday, December 16, 2012
lambaran baru..
assalamualaikum...
saat ni aku baru selesai menunaikan solat isyak. aku masih terpikir-pikir perlu ke aku menceritakan hal yang bermain dalam fikiran aku ni, sesekali hati mengatakan biakan sendiri yang tahu, sesekali hati mengatakan hal ini perlu diluahkan agar lebih tenang. ye aku sangat takut sekarang ni, bila teringat akan mimpi itu.
mimpi?? mesti korang semua pernah alami mimpi. sama ada suka, sedih, mengarut, seram macam2 la. tak lupa juga mimpi sebagai pedoman. sebenarnya aku sering alami mimpi macam ni. mimpi yang mendekatkan aku terhadap islam, kekuasaan ALLAH, tp aku sering alpa. walau sering di mimpi sebegitu aku tetap alpa dengan duniawi. sembahyang cukup tak cukup jer. aku takot tapi hati aku malas untuk mengikut naluri.
begitu hitam hati aku kan?? ya allah... terlau banyak dosa aku yang tak mampu untuk diminta keampunan.. sehinggalah pagi tadi.. kejadian itu benar2 menyesakkan jiwa aku, aku ketakutan,
dalam suasana kelam. aku bersama beberapa orang yang aku kenali tapi aku lupa siapakah mereka, secara tiba2 aku seperti dihimpit. ya dihimpit laju terus ke dalam tanah. sangat laju aku masuk kedalam tanah, sangat dalam dan aku rasa terhimpit dan sempit, saat itu aku sedar aku mungkin akan mati. ya ataupun aku sudah mati, aku terus mengucap 2 kalimah syahadah. bibir aku tak lekang menyebut nama ALLAH...ALLAH HU AKBAR... saat itu aku menyesali segala perbuatan aku di atas muka bumi ini, saat itu aku sedar aku sudah terlambat untuk bertaubat.. ya allah... aku meraung hanya pasrah. keadaan itu aku rasa tak ubah seperti beradadalam kubur, dihimpit oleh tanah..
mungkin allah ingin beri aku peluang yang terakhir, aku tersedar aku berada di atas muka bumi lagi, aku terselamat dari kejadian itu, seperti tidak pernah berlaku namum mulut aku tak henti-henti menyebut allah hu akhbar.. aku ceritakan pada mereka yang berada di situ, ini sebagai petunjuk untuk aku tapi mereka tidak percaya. namum ketakutan aku masih tetap ada. sukar untuk percaya atau tidak kerana aku betol2 alami keadaan itu tadi..
tiba2 bunyi jam di talifon mengejutkan aku dari mimpi itu, rupanya ia mimpi dalam mimpi, tapi dalam sedar itu ketakutan aku tak pernah ilang. persaan tu macam benar2 terjadi.. ya ALLAH... lalainya aku, betapa sayang kau pada hambamu kau membuat pelbagai cara untuk menyedarkan hambamu ini..
lantasaku bangun dan megerjakan solat subuh memandangkan jam sudah 6.30 pagi.. mungkin ramai ada yang berpengalaman seperti ni, aku bensyukur kerana aku masih punyai peluang untk perbetulkan keadaan ini, ya aku masih menghantui segala dosa2 silam aku, kerana aku tidak kuat untuk melawan nafsu duniawi.. kekuatan iman ku tidak sekuat arus yang megalir. imanku masih rapuh seperti kepingan daun tua yang sudah luruh. namum aku harapkan aku mampu atasi segalanya dengan kekuatan agama yang terpahat dalam hati aku.
islam agamaku, panduan arah tujuku... tiada yang patut di sembah melainkan allah.. dan nabi muhammad itu pesuruh allah...
Friday, December 14, 2012
kehidupan dan ahirat
macam kebiasaan, lepas balik keje rehatkan bdn, dah setel segala yang perlu di selesaikan, selesai mandi aku akan terus on9 fb. tadi tibe2 aku terbaca status sahabat aku, panjang, menceritakan keadaan ibunya yang sedang sakit. aku tau akan hal itu. tapi air mata aku terus tumpah takkala membaca bait2 setrus luahan hatinya. ibunya telah pergi ke rahmatullah... dah 2 minggu, aku baru perasan, aku meneliti kembali wall fb dia, ramai yang ucapkan rakziah padanya.. aku memang tak perasan akan hal itu ekrana dia pun tak ada informkn pada aku.
sedikit terkilan aritu balik kedah aku ada ingin melawat arwah.. tapi tak kesampaian.. aku sempat mengenali arwah kerana aku pernah tinggal bersama mereka semasa aku praktikal di kedah. buat rin, semoga tabah jalani kehidupan yang mndatang. ug yakin rin memang seorang yang sangat tabah sejak dari ug kenal dan rapat dengan rin. semua sudah tertulis. sedih dan gembira asam garam dalam kehidupan.. al-fatihah buat mama rin....
bagi kite yang masih bernyawa, kita tak tahu bila masa kita.. serius aku juga takot bila mengingati kematian kerana masih banyak dosa yang berlum terampun, masih banyak ilmu akhirat yang perlu aku kejar.. ..
Monday, October 22, 2012
alangkah indah jika...
orang selalu kata, mereka akan rs "sesuatu" itu penting bila sudah kehilagan "sesuatu" itu. buktinya terdapat pada si dia, padan muka hahaha. sekarang ni bukan ak nak citer pasal "sesuatu" atau "kehilagan" aku cuma nak bagi tahu yang ak sekarang rasa kosonggggggggggggggggggggggggggggggggg.
haih aku sekarang dah jd minah berangan semula... sebab duk pulon beli novel dh... novel y ak tercari2 sekian lama "suamiku tak romantik tapi autistik" dah jumpe, ak rase cm nak nagis jer time 2 bile jumpe, sengih sampai ketelinga. sampai ada kak tu pandang aku pelik je sebab sengih sorang2. lantak p la janji aku suke sangat2. cume sekarang masih xjumpe novel "kerana terpaksa ku relakan jua".
sedihhhhhhhhhhhhhhh :((
alangkah indah jika.... kalau la der seseorang hadiahkan novel 2, mmg ak sayang die la haha sebab dapat jumpe novel 2.. adoii adakah gerangan orang 2 hadir... berangan jela ug oiii hahahaha
Tuesday, September 18, 2012
si gadis kidal dan jejaka perasan
si gadis seorang gadis yang sederhana, tak cantik pun tapi ada jugak orang nak haha. pandai pun tidak sangat. rezeki je bila dapat masuk university. kerap kali jugak la gagal dalam percintaan. walau nampak lemah pada luaran sebenarye die seorang gadis yang agak kasar.
jejaka perasan. seorang yang skema pada percakapan (hanya untuk menyakiti jejaka perasan ha4) tapi otak kuat mengusik. dan yang paling penting die seorang yang kuat perasan. kalau datang perasan die 2... alahai.... sebab tu si gadis kidal ni tak penah nak puji jejaka perasan ni depan-depan.
pertemua terjadi secara kebetulan. si gadis tak pernah berfikir akan berhubung lama pun dengan jejaka perasan ni. sebab fikirannya mereka hanyalah kawan di alam maya.. pertemua pertama tu mungkin y terkahir pikir si gadis kidal kerana tiada sebab untuk kekalkan hubungan itu...
tapi takdir penentu segala dalam beberapa tahun si gadis kidal tidak berhubung dengan jejaka perasan tapi macam jejaka perasan sentiasa ada di sisi dia.sedagkan waktu itu si gadis kidal sedang mencuba membina harapa dengan lelaki yang telah dia pilih untuk selami kehidupan di hari tua.. di saat gadis itu bersedih bukan lelaki yang diharapnya menjadi penawar. secara tiba2 jejaka perasan hadir. tapi si gadis kidal masih belum nampak permainan takdir disitu....
sehingga tiba detik 8 julai 2012. detik takdir itu benar2 muncul... si gadis kidal ni dah declare dengan si jejaka perasan. namun si gadis kidal tidak mengharap setinggi klcc seluas kuali kawah, sebesar banglo 4 tingkat, kerana percaturan takdir telah di tetapkan, jodoh itu pasti. andai bukan jodoh walau dekat sehembus nafas pun tidak akan bertemu, namun jika sudah jodoh walau sejauh batu perjalan, tetap akan terserempak di dalam train.
"nanti kalau ko dah kawen ngn aku, aku dah gemuk takcantik mesti ko cari lain kan"
"nak cari lain cam ne sebab time tu pun ak gemuk jugak :D"
kisah si gadis kidal dengan jejaka perasan tidak berakhr disni kerana penghujungnya tetap ada cuma tidak akan pernah berakhr hingga ke syurga.. yang pasti jejaka perasan itu tetap perasan dah terlebih perasan hahahaha
(nak highlite kuat perasan je sebenarye hahah)
Friday, September 14, 2012
teratak kayu atap nipah
assalamualaikum...
pembuka bicara.. permulaan untuk menyahkan sawang2 yang berlegar dalam teratak kesayangan aku ni... maaf la wahai lipas, labah-labah, mahupun serangga lain yang menyewa teratak kotak ni tanpa ada bayaran sesen pun... aku akan meghalau kalian pada malam ini di saat jari jemari aku yang kidal ini sedang mengetuk-ngetuk keybord...
lama sudah aku tidak berbloger... banyak kisah, peristiwa,kenangan dan harapan.. tapi itu semua bukanlah luar biasa kerana semuanya pernah berlaku pada kalian..kisah pertama pasal keja... makin stres dan ceria. macam mana tu stres dan ceria? stres dan ceria la adoiiiiiiii 2 pun tak paham.
kisah ke-2, kisah detim ak dgn my ironman, my boyot, my bobo.. haha petama kali merajok dgn die gara2 plan tak jadi... tp sebenarnye bukan salah die pun... jahatkan aku? sampai die plk y merajok bawak diri ke tepi pokok haha dear sory tau..... tp jap jekan majok lepas tu sy pujuk blik kn? sy tgkap pic awk tgh merajok tu tande pujuk la 2 haha
pic ni xde motip ape2 pun sj ja jajajajajajaja
ke-3 aku dah beli printer... and aku berjinak-jinak memulakan bisnes haha. bisness budak2 jer, jual sticker dgn penanda buku.. aku ada 2 org pekerja... angah dan along. hahahaha kre merasa jgk la aku jadi bos n ada pekerja... merasa bg gaji pada pekerja... bru ckt jer duet dh pening nak kire nk byr upah, 2 bisnes budak2, klo bisnes org tue aku tak tau la... apa jadinya.. kmpem bisnes 2 dibubarkan sebab tekanan xreti nk byr gji pekerje cm ne hohohoho
aku ada byk lagi cerite tapi cam x releted dgn post ni, so aku kene buat entry baru untuk cerite baru haahha (aku mmg cm ni ble dh start berblog... 5,6 post pon blh jadi dalam 1 masa) so kene stp sini dlu cz nak buat2 bz creat entry baru.. knon-knon selalu update tiap-tiap ari la.... so korang jgn pertikaikan tarikh same jike bc kesemua 20 entry 2 terjadi dalam 1 masa sahaja. :D
adios
Subscribe to:
Posts (Atom)


