Wednesday, September 7, 2011

tentang jodoh

assalamualaikum....


ALLAH telah ciptakan setiap hambanya berpasangan.. jadi jangan rasa kecewa jika kita belum menemui jodoh kita.. kerana jodoh akan tetap hadir sama ada cepat atau lambat je... hal ni aku tak nak kaitkan dengan aku sebab tak ada kena mengena.. aku contohkah hal ini pada insan yang benar. sepupu aku yang seorang ni lagaknya tak ubah seperti lelaki.. memang die tomboi... dari kecik sampai la sekarang dah masuk umur 26 tahun...

tapi bila jodoh dah tiba... tak sangka kan?? sepupu yang lain. yang hangat becinta belum dapat hasil, alih-alih k.lang ni yang memang kalau orang tengok memang orang kata mana mungkin dia suka laki... akhirnya akan dipinang oleh seseorang.. dan k.lang ni dengan ikhlas menerima pinangan tu.. hari pertunangan dia bakal berlansung seminggu lagi... tahniah kak lang....

seperti yang dikata.. jangan bersedih jika anda belum temui jodoh anda, bukan tiada jodoh untuk anda tapi belum sampai masanya lagi.. kalau datang masanya.. kita tak jangka pun alih2 kita bakal memasuki alam baru bersama insan yang bergelar suami isteri...  percaya pada takdir dah qadaq dan qadar... semua sudah tertulis dan ditentukan sejak azali lagi...

pada yang baru menemui jodoh, jagalah ia agar berkekalan..pada yang dah bertemu jodoh, semoga anda kekal hingga akhir hayat.. dan pada mereka yang masih mencari.. jangan cepat mengalah.. kerana yakinlah satu hari akan tetap dapat hasilnya....

wassalam...

No comments: