Friday, August 12, 2011

tahukah anda?? info anemia


ANEMIA
Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen. Ferum menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Kekurangan ini boleh disebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, kekurangan ferum dan bahan membetuk darah yang lain melalui penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan.


Tanda-tanda
  • Kulit pucat, terutamanya di hujung jari, bibir, sekeliling mata dan lidah.
  • Lesu, tidak bermaya dan lemah.
  • Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
  • Pening.
  • Kadar nadi meningkat.
anemia di sebabkan oleh perkara2 berikut


1-kehilangan darah (terbahagi kpd akut atau kronik)
   - kehilangan darah boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
   - kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid y berlebihan, infenstasi cacing dan lain-lain kedaan.


2-kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum 

   - kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
   - faktor toksik. penyakit inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
   - kekurangan hormone : paras hormo tiroid rendah
   - kerosakan sum-sum :kanser darah, penyakit sum-sum
   - ganguan pembentukan sel darah merah : keadaan sepersi talasemia


3-pemusnah sel darah merah berlebihan
  -berlaku dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. terbahagi kepada dua iaitu anemia disebabkan kekurangan zat besi dan talasemia.


simtom dan gejala
penyakit anemia ini biasanya tidak disedari oleh pengidapnya. sekiranya anda mengalami simtom2 berikut adalah di sarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.


-keletihan setiap masa
-pening
-sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
-kulit pucat
-kadar denyutan jantung cepat
-kurang daya ingatan..


komplikasi yang disebabkan oleh anemia


-kegagalan jantung semasa fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
-mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan..


anemia => telesemia => leukimia takotnyer la kan......




jadi.. bila aku cepat pening dan lupe ingatan aku rasa cam kne tambah perkataan menjadi amnesia (lupe ingatan) hak4 pesanan aku.. walau kite tak sempurna seperti mereka yang sihat, kite patut bersyukur kita masih sempurna pada akal fikiran... komplikasi yang menakutkan, tu pasal la aku xnak kawin dan ada anak walau aku suke sangat pada budak2... =="

No comments: